Kongsee

Wishlist them before they disappear

Empayar 3: Hikayat Saka Keturunan Raja

Empayar 3: Hikayat Saka Keturunan Raja

Teme Abdullah

No ratings yet

From RM 30.00

ISBN
9789672459415
Format
Language
Bahasa Malaysia

Offers

0 active

No listings available for this book.

Book details

Category
Bahasa Malaysia > Sastera & Novel Dewasa > Novel Kontemporari
Published Year
2022
Pages
490
List Price
RM 30.00

Description

Saka raja yang diwarisi telah memberi kesaktian luar biasa kepada Sang Putera. Jijik dengan amalan syirik jurai keturunannya itu untuk kekal berkuasa, Putera Aradhana Sastra, pewaris tunggal Kesultanan Aradhanapura melarikan diri untuk menjadi rakyat biasa. Dengan harapan, hidupnya akan lebih tenteram. Namun, kemunculan suatu makhluk dari gua yang tahu asal usul Sang Putera menggugat rencananya. “Aku sudah tidak tahan hidup melarikan diri seperti ini! Sedalam mana aku menyembunyikan diri, ada sahaja yang kenal siapa diriku!” Sang Putera kini menjadi buruan ramai atas tuduhan mengamalkan ilmu hitam. Pada masa yang sama, Kesultanan Aradhanapura goyah akibat ketiadaan pemerintah. Rakyat pula kian tertindas dengan percaturan puak yang mabuk kuasa. Kezaliman membanjiri tanah keramat. Putera Aradhana Sastra merasakan kewujudan diri dan jurai keturunannya hanya membawa malang kepada kepulauan Nusantara. “… hanya darah Jurai Aradhana sahaja yang dapat membela kepulauan ini!” Sang Putera enggan terus dibelenggu saka warisan. Namun, perit untuk diabaikan sahaja tanah air dan rakyatnya. Mampukah Sang Putera akhirnya berdepan dengan hakikat keturunannya sendiri?

Reader Reviews

Sign in to write a review.

No reviews yet. Be the first to share your thoughts.

Back to books
WhatsApp support