Kongsee

Wishlist them before they disappear

As-Syamail Al-Muhammadiyah - Edisi 2021

As-Syamail Al-Muhammadiyah - Edisi 2021

Imam At-Tirmidzi

No ratings yet

From RM 49.00

ISBN
9789674815936
Publisher
Format
Language
Bahasa Malaysia
Tags

Offers

0 active

No listings available for this book.

Book details

Category
Bahasa Malaysia > Agama > Al-Quran & Tafsir
Published Year
Pages
List Price
RM 49.00

Description

Dalam cetakan edisi kemas kini ini, terdapat beberapa penambahbaikan yang dilakukan: 1. Cetakan ini ditahqiq sebanyak dua kali oleh penterjemah dan ditambah nota-nota kaki bagi memberi penjelasan berkenaan istilah-istilah ataupun makna perkataan yang kurang jelas. Selain itu, beberapa kesilapan teknikal dalam cetakan edisi lama sudah dibetulkan. Pembaca boleh merujuk kepada bahagian penerangan dan nota kaki berkotak. 2. Terdapat perkataan-perkataan yang bergaris, disusuli perkataan yang bertanda kurungan. Ini bagi menunjukkan perbezaan antara beberapa cetakan yang dirujuk. Pentahqiq melampirkan kedua-duanya bagi mengelakkan timbul kekeliruan apabila dibandingkan cetakan-cetakan itu. 3. Terdapat hadith-hadith yang tidak dinyatakan sanad dan matannya kerana wujud hadith yang sama sebelumnya. Sekiranya pembaca menjumpai hadith itu, pembaca boleh merujuk kepada hadith sebelumnya atau nombor nota kaki yang tertera. 4. Dalam edisi Kemas Kini 2021 ini, susun atur perkataan ditambahbaik dari segi grafik supaya lebih menarik dan cantik. 5. Dalam edisi Kemas Kini 2021 ini juga, terdapat bahagian tambahan iaitu maklumat mengenai kitab-kitab Syamail Muhammadiyah yang ada, sejarah ringkas Imam At-Tirmidzi dan juga ringkasan sejarah Rasulullah s.a.w. Dalam surah al-Ahzab, ayat 56, Allah s.w.t. menyatakan, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Wahai orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” Bacalah selawat, Allahumma solli ‘ala saidina Muhammad wa ‘ala alihi wa ashabihi ajma’in. Maksudnya, “Ya Allah, kurniakanlah kepujian kepada Nabi Muhammad s.a.w. ahli keluarga, dan sahabat-sahabat Baginda.

Reader Reviews

Sign in to write a review.

No reviews yet. Be the first to share your thoughts.

Back to books
WhatsApp support