Kongsee

Wishlist them before they disappear

Hakikat Tauhid Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah (2021)

Hakikat Tauhid Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah (2021)

Prof Dr Basri Ibrahim Al-Azhari

No ratings yet

From RM 25.00

ISBN
9789674817527
Publisher
Format
Language
Bahasa Malaysia
Tags

Offers

0 active

No listings available for this book.

Book details

Category
Bahasa Malaysia > Agama > Al-Quran & Tafsir
Published Year
Pages
List Price
RM 25.00

Description

Tauhid adalah salah satu daripada komponen penting yang terdapat dalam pegangan golongan Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah. Ia adalah jalan pertama menuju kepada Allah dan jalan bagi mendapatkan kejayaan di dunia dan akhirat. Ia juga kewajipan pertama yang perlu dilakukan oleh seseorang untuk masuk Islam. Sebahagian ulama menyatakan setiap ayat dalam al-Quran mengandungi, memperakui saksi ataupun menyeru ke arah tauhid.
Hal tersebut kerana al-Quran mengandungi perkhabaran tentang Allah, nama-nama, sifat-sifat dan perbuatan-Nya yang juga dikenali dengan nama Tauhid Ilmi Khabari iaitu Tauhid Rububiyah dan Tauhid Asma’ wa Sifat.
Di samping itu, ia mengandungi seruan ke arah menyembah Allah yang tidak ada sekutu bagi-Nya dan menolak segala sembahan selain daripada Allah SWT, yang juga dikenali dengan nama Tauhid Iradi Talabi atau Tauhid Uluhiyah. Al-Quran juga menceritakan tentang kemuliaan yang Allah anugerahkan kepada ahli tauhid di dunia dan akhirat. Perkara yang dapat memusnahkan tauhid pula ialah syirik. Umat Islam perlu mengetahui supaya mereka tidak terjerumus ke dalamnya.
Segelintir umat Islam memahami tauhid dalam erti kata yang salah dengan hanya menumpukannya kepada Tauhid Rububiyah sahaja. Padahal hakikat tauhid yang sebenar tidak begitu. Buku ini menghidangkan hakikat tauhid yang sebenar yang perlu diketahui oleh umat Islam menurut golongan Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah. Buku ini amat sesuai untuk dijadikan bahan bacaan masyarakat awam kerana dihidangkan dengan uslub yang mudah difahami.
BASRI BIN IBRAHIM, Ph.D merupakan Profesor di Pusat Pengajian Syariah, Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Nerus, Terengganu. Beliau juga merupakan penyandang Kursi Jamalullail Universiti Islam Malaysia Cyberjaya dengan kerjasama Majlis Agama Islam Perlis (MAIPS). Bertugas sebagai pensyarah di Universiti Sultan Zainal Abidin selama 28 tahun dan berkelulusan doktor falsafah dalam bidang Syariah (Fiqah Semasa) dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Mempunyai kepakaran dalam fiqah semasa yang merangkumi fiqah ibadah, muamalat, kekeluargaan, jenayah, kenegaraan dan perubatan.
Selain itu, beliau turut dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Wakaf Universiti Sultan Zainal Abidin, pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM). Beliau juga menganggotai Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis dan Ahli Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Negeri Perlis. Beliau pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah Kolej Universiti Islam Perlis, Ahli Panel Akidah JAKIM dan yang terbaru ialah Ahli Jawatankuasa Perundangan dan syariah Myangkasa.
Beliau aktif dalam menghasilkan pelbagai karya. Sehingga kini, lebih daripada 150 buah karya sudah diterbitkan. Beliau turut terlibat secara aktif dalam pelbagai persidangan dan seminar di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Reader Reviews

Sign in to write a review.

No reviews yet. Be the first to share your thoughts.

Back to books
WhatsApp support