Kongsee

Wishlist them before they disappear

Anak Malaysia : Pengembaraan Seorang Jurugambar

Anak Malaysia : Pengembaraan Seorang Jurugambar

Kenny Loh

4.3
See all offers →

RM 20.00

RM 60.00

Condition

A+ Like New

No markings & underlining

Seller

Belen

Belen

Selangor, Malaysia

Ships within 23.8h

5.0(125)
View Seller Store

RM 20.00

RM 60.00Save RM 40.00

Book Info

ISBN
9789674154318
Category
Travelog

About this book

Setelah hampir dua dekad merantau di luar negara, Kenny Loh kembali ke Malaysia pada tahun 2010. Beliau mendapati banyak yang telah berubah. Segalanya berbeza dan baru padanya. Berbekalkan kamera dan buku nota, beliau memulakan kembara untuk mendekatkan diri pada tanah kelahirannya.

Anak Malaysia lahir daripada pengembaraannya selama tiga tahun.

Buku ini mengetengahkan perubahan yang sedang melanda Malaysia. Banyak hasil kraftangan dan perniagaan tradisi yang dahulunya menerajui ekonomi masyarakat tempatan kini semakin menghilang. Ia turut memberi penghormatan kepada individu daripada semua peringkat masyarakat yang telah memainkan peranan dalam membangunkan negara ini.

Anak Malaysia turut mengabadikan mereka yang lahir selepas Kemerdekaan. Kisah mereka merupakan pandangan penting kepada kisah-kisah generasi tua rakyat Malaysia kerana ia memperlihatkan pandangan kepada masa depan.

Dalam prakatanya, Kenny berkata walaupun ramai orang yang telah ditemubual olehnya dan diambil gambar, tidak semua dipaparkan dalam buku ini. Namun begitu, mereka meninggalkan kesan yang mendalam kepadanya. Katanya, "Seperti juga saya, mereka semua lahir di Malaysia dan merekalah penjaga warisan kita".

Buku ini adalah penghargaan buat mereka dan semua rakyat Malaysia, baik yang lahir di negara ini mahupun yang menjiwai semangatnya.
WhatsApp support